Jumaat, 22 Julai 2011

Zaman Sekolah - Basketball

Selain bola sepak, sukan yang paling aku suka main masa sekolah dulu ialah basketball. Aku selalu pergi rumah kawan aku yang bernama Ridzuan Yahya sebab kat rumah dia ada 'portable hoop' dan halaman rumah dia luas.

Petang-petang, mesti aku, Harry, Firdaus Hassan dan Muaf pergi rumah Duan sebab nak main basketball. Cuma bila time kitorang confidence je baru kitorang pergi main kat court sebab kat situ ramai budak-budak power.


Portable hoop ni best sebab boleh adjust ketinggian dia. Pernah sekali kitorang gedik buat video masing-masing tengah dunk. Nampak power je, tapi sebenarnya kitorang turunkan hoop ni sampai tinggi 7 kaki je. Heh..

Team basketball paling aku minat masa sekolah dulu ialah San Antonio Spurs. Aku minat Spurs sebab diorang memang power dan cara diorang ni main memang tersangat la teamwork. Takda 'one man show'. Tak macam Lakers yang asyik dengan Kobe dan Shaq je. Tak macam Rockets yang asyik dengan Yao Ming je. Tapi Spurs lain. Semua sama rata.

Tahun 2005 la paling best sebab Spurs menang NBA The Finals dan tahun yang best sebab aku dah habis sekolah. Lawan Spurs masa tu Detroit Pistons - juara NBA The Finals 2004. Pistons ni power jugak masa tu. Nak-nak mamat Ben Wallace yang memang pakar blocking tu, selalu je sakitkan hati bila dapat block time Tim Duncan nak layup atau shoot.

Kalau tak silap, time tu gossip Tony Parker dengan Eva Longoria baru nak hot. Heh..

Pada hari Spurs ditabalkan juara tu jugak, aku sepatutnya kena pergi daftar form 6 kat sekolah lama aku. Pagi tu aku tak masuk pun pagar sekolah tu. Tapi sebaliknya, aku yang sedang berseragam sekolah terus melencong ke rumah Duan dan menonton bersama-sama NBA The Finals antara Spurs dengan Pistons. Terus lepas tu aku tak daftar form 6 sampai sudah. Heh..

Beberapa bulan lepas Spurs menang tu, aku dengan kawan-kawan yang selalu main basketball kat rumah Duan dah sambung belajar tempat lain. So, kitorang dah tak berapa jumpa. Main basketball pun dah kurang. Last-last aku lansung tak main dah. Aku rasa dah dekat empat tahun aku tak turun court.

Cita-cita aku untuk menjadi power macam idola aku Manu Ginobili terpaksa dilupakan terus. Heh..

Aku tak pasti kalau Duan, Harry, Firdaus Hassan dan Muaf ingat lagi ke tak pasal semua ni. Kalau diorang dah tak ingat, harap-harap tulisan ni dapat membantu diorang mengimbau kembali kenangan-kenangan bersama masa sekolah dulu. Sekian. Heh..

Khamis, 21 Julai 2011

Band Minggu Ini


Ni first time aku share band kesukaan aku melalui blog. Lepas ni tak tahulah aku nak buat lagi ke tak kerja-kerja mengeshare ni.

Ok, dan untuk kali pertama ni juga, aku telah memilih band yang diberi nama 'Citizens of Ice-Cream'. Secara asasnya, band ni mengimplimentasikan genre-genre indie, experimental, dan shoegaze. Ambient juga rasanya bagi aku. Tak kisahlah apa pun, yang penting hasil seni diorang sangat bagus, best dan stim bila mendengarnya.

Masa mula-mula aku dengar band ni, memang ada unsur-unsur sama macam band 'Explosions in The Sky'. Ala, lagipun memang aku terjumpa band ni masa membelek-belek 'Explosions in The Sky' kat youtube pun. Tapi kalau dah dengar lama-lama, memang kenal la kelainannya.

Pasal line-up ke album ke isnpirasi muzik diorang ke, memang aku malas nak cerita. Kalau nak tahu jugak, pandai-pandailah cari kat facebook diorang 'Citizens of Ice-Cream'. Kalau nak tempah untuk gig ke untuk majlis minggu setiausaha ke ataupun jemput ke kenduri, rasanya boleh berurusan kat page facebook diorang tu.

Nah, ni sample untuk dijamah. Kalau nak lebih, sila layari youtube dan search sendiri 'citizens of ice-cream', ada jugak vids diorang main life.

Rabu, 20 Julai 2011

Tak Payah Mengundi

Kalau calon Barisan Nasional (BN) macam celaka, calon Pakatan Rakyat (PR) macam gampang, dan calon bebas entah apa-apa, apa kata kita tak payah mengundi.

Dari pengamatan selama aku hidup, penyokong-penyokong kedua-dua parti tak sampai 30% pun dari jumlah pengundi yang keluar mengundi dalam satu-satu kawasan tu. Yang kasi ramai tu pun budak-budak je. Itu pun tak layak mengundi lagi. Manakala yang 70% tu pulak kebanyakannya undi bukan disebabkan sokong dan percaya dengan manifesto parti-parti ni pun. Tapi kebenarannya, sebab dah takda orang lain boleh diundi. Kalau undi, calon BN pun sama, undi calon PR pun sama. Alang-alang dah cakap kat bos nak pergi mengundi, jadi undi jelah siapa-siapa pun. Takda beza. Hampeh.

So, tak payah pergi mengundi untuk Pilihan Raya akan datang. Biar 30%++ je yang pergi mengundi. Biar nanti bila result diumumkan,


P30 - Parlimen ...........
Dato' Mohd .......... (BN) ------ 154
Dr Ahmad ............ (PAS) ----- 140

Dato' Mohd (BN) menang dengan majoriti 14 undi.
Undi Rosak ----- 56
Peratus Keluar Undi ----- 30%


Agak-agaknya, layak tak calon yang menang tu nak bangga jadi wakil rakyat? sedangkan yang pergi undi tak sampai separuh penduduk pun.

Boleh dikira membawa suara rakyat ke parlimen ke? sedangkan majoriti yang 70% tu tak pilih dia jadi wakil mereka pun.

Heh..