Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Julai 2011

Zaman Sekolah - Basketball

Selain bola sepak, sukan yang paling aku suka main masa sekolah dulu ialah basketball. Aku selalu pergi rumah kawan aku yang bernama Ridzuan Yahya sebab kat rumah dia ada 'portable hoop' dan halaman rumah dia luas.

Petang-petang, mesti aku, Harry, Firdaus Hassan dan Muaf pergi rumah Duan sebab nak main basketball. Cuma bila time kitorang confidence je baru kitorang pergi main kat court sebab kat situ ramai budak-budak power.


Portable hoop ni best sebab boleh adjust ketinggian dia. Pernah sekali kitorang gedik buat video masing-masing tengah dunk. Nampak power je, tapi sebenarnya kitorang turunkan hoop ni sampai tinggi 7 kaki je. Heh..

Team basketball paling aku minat masa sekolah dulu ialah San Antonio Spurs. Aku minat Spurs sebab diorang memang power dan cara diorang ni main memang tersangat la teamwork. Takda 'one man show'. Tak macam Lakers yang asyik dengan Kobe dan Shaq je. Tak macam Rockets yang asyik dengan Yao Ming je. Tapi Spurs lain. Semua sama rata.

Tahun 2005 la paling best sebab Spurs menang NBA The Finals dan tahun yang best sebab aku dah habis sekolah. Lawan Spurs masa tu Detroit Pistons - juara NBA The Finals 2004. Pistons ni power jugak masa tu. Nak-nak mamat Ben Wallace yang memang pakar blocking tu, selalu je sakitkan hati bila dapat block time Tim Duncan nak layup atau shoot.

Kalau tak silap, time tu gossip Tony Parker dengan Eva Longoria baru nak hot. Heh..

Pada hari Spurs ditabalkan juara tu jugak, aku sepatutnya kena pergi daftar form 6 kat sekolah lama aku. Pagi tu aku tak masuk pun pagar sekolah tu. Tapi sebaliknya, aku yang sedang berseragam sekolah terus melencong ke rumah Duan dan menonton bersama-sama NBA The Finals antara Spurs dengan Pistons. Terus lepas tu aku tak daftar form 6 sampai sudah. Heh..

Beberapa bulan lepas Spurs menang tu, aku dengan kawan-kawan yang selalu main basketball kat rumah Duan dah sambung belajar tempat lain. So, kitorang dah tak berapa jumpa. Main basketball pun dah kurang. Last-last aku lansung tak main dah. Aku rasa dah dekat empat tahun aku tak turun court.

Cita-cita aku untuk menjadi power macam idola aku Manu Ginobili terpaksa dilupakan terus. Heh..

Aku tak pasti kalau Duan, Harry, Firdaus Hassan dan Muaf ingat lagi ke tak pasal semua ni. Kalau diorang dah tak ingat, harap-harap tulisan ni dapat membantu diorang mengimbau kembali kenangan-kenangan bersama masa sekolah dulu. Sekian. Heh..

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Lepas SPM, aku tak tahu nak sambung belajar kat mana. Borang UPU tu macam serabut je aku nak isi. Nak pilih mana tempat, nak pilih course apa. Nak ikutkan, cita-cita aku memang takda dalam list tu. Cita-cita aku ialah penidur. Orang bayar aku bila aku tidur. Bestnya hidup..

Last-last bapak aku masuk campur. Dia tanya aku, "Kau nak jadi cikgu tak, kalau nak abah boleh tolong?".

"Taknak", tulah jawapan paling pantas dalam sejarah aku menjawab bapak aku.

Aku tak rasa aku layak jadi cikgu. Nak jadi cikgu ni kau kena bertanggungjawab, tahu berpolitik dengan budak-budak dan macam-macam lagi. Yang paling aku tak berkenan ialah, kena bangun awal.

Kesempatan ini, aku nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada umi dan abah aku yang juga cikgu, kepada cikgu-cikgu sekolah aku, kepada member-member aku yang jadi cikgu dan bakal jadi cikgu, dan kepada semua cikgu-cikgu di seluruh dunia.

Andalah superhero sejati yang masih wujud atas muka bumi ni..

Ahad, 30 Januari 2011

Demi Sesuap Nasi

Gambar yang aku ambil masa mula-mula masuk kerja dulu.

Gambar kat atas tu, kalau aku tunjuk kat orang kerja Jabatan Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP), mesti diorang membebel macam-macam. Mesti diorang kasi notis kat aku. Silap-silap kena STOPWORK.

Lantak la. Kerja tu dah siap pun. HAHAHA!

Lain pulak jadinya kalau aku tunjuk kat orang melayu yang bajet tuan tanah ni.
"Indon layak kerja macam ni je"
"Dah datang negara orang jangan banyak songeh la"
"Orang bagi kerja pun dah kira ok"
"Bangla busuk kebas awek aku!"

Tapi kalau aku tunjuk kat orang yang ada sifat kemanusian, mesti diorang rasa lain. Sedih, pilu, marah, patah hati.

Erh, patah hati pun ada.

Aku harap, sifat kemanusian aku tak akan hilang. Sebab tu aku selalu ingatkan diri, 'Aku ni pun buruh sama macam diorang jugak'.

:)

Ahad, 18 Julai 2010

Mari Bantu Saya

Hari ni aku bangun awal dari kebiasaannya. Aku jenguk kepala kat tingkap tengok langit masih gelap lagi, aku pun ambil keputusan sambung tidur. Tapi mata yang dah terbuka ni susah nak ditutup balik walaupun puas dah dipaksa-paksa. Oleh kerana usaha untuk tidur kembali tidak berhasil, maka aku ambil keputusan bangun je terus. Aku keluar dari bilik dan ke ruang tamu untuk melihat jam di decoder astro yang menunjukkan pukul 5.10 pagi. Apa jadah aku bangun awal hari Ahad macam ni, aku sendiri pun tak tahu.

Lepas dah gosok gigi dan sebagainya, aku jenguk ke dapur, tengok mak aku tengah overhaul sekitar kawasan dapur. Sebagai anak mithali, aku minta untuk menyambung kerja yang sedang dilakukannya. Setelah selesai, aku kembali ke bilik dan menghidupkan suis laptop untuk melayari internet. Aku login akaun facebook dan aku dapati ada 9 notifications, 1 message baru, dan 1 friend request. Tanpa membuang masa, aku settle kan semua notification dan friend request dulu, lepas tu baru buka messages. Ada 9 messages yang tak bereply selain 1 message baru dari membe lama aku. Aku pun buka message dari membe lama aku yang bernama kecik.

Mamat bernama kecik ni adalah jiran aku semasa tinggal di kuantan dan dia jugalah orang yang bertanggungjawab mengenalkan 'grunge' kepada aku. Dalam messagenye, dia memberitahu aku yang dia sudah menyiapkan satu lagu. Aku baru teringat yang aku patutnya menyiapkan lirik untuk lagu tersebut. Damn, gila gelabah aku bila si kecik ni bagi tahu dia dah siapkan lagu dan tinggal tunggu aku punya lirik je. Bulan depan dah boleh pergi record katanya. Untuk mengcover situasi, aku suruh dia rekod dalam komputer dulu, dan lepas tu send kat aku untuk mengadjust lirik agar sesuai dengan melodi lirik.

Tapi masalahnya mana aku nak cekau lirik dalam waktu yang singkat ni. Dah la lagu ni berunsur bloomy. Kalau gloomy tak apa la lagi sebab hari-hari aku memang gloomy je. Lebih lagi harga minyak naik, makin gloomy la aku. Kepada sesiapa yang baca blog ni dan merasakan hidup mereka sangat berbloomy, kongsilah la cerita anda. Mungkin cerita anda akan dijadikan lagu lepas ni. Hahah!