Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Lepas SPM, aku tak tahu nak sambung belajar kat mana. Borang UPU tu macam serabut je aku nak isi. Nak pilih mana tempat, nak pilih course apa. Nak ikutkan, cita-cita aku memang takda dalam list tu. Cita-cita aku ialah penidur. Orang bayar aku bila aku tidur. Bestnya hidup..

Last-last bapak aku masuk campur. Dia tanya aku, "Kau nak jadi cikgu tak, kalau nak abah boleh tolong?".

"Taknak", tulah jawapan paling pantas dalam sejarah aku menjawab bapak aku.

Aku tak rasa aku layak jadi cikgu. Nak jadi cikgu ni kau kena bertanggungjawab, tahu berpolitik dengan budak-budak dan macam-macam lagi. Yang paling aku tak berkenan ialah, kena bangun awal.

Kesempatan ini, aku nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada umi dan abah aku yang juga cikgu, kepada cikgu-cikgu sekolah aku, kepada member-member aku yang jadi cikgu dan bakal jadi cikgu, dan kepada semua cikgu-cikgu di seluruh dunia.

Andalah superhero sejati yang masih wujud atas muka bumi ni..