Jumaat, 26 November 2010

Friday the 26th

Hari ni hari Jumaat,
Bertanggal 26hb,
Walaupun bukan Friday the 13th,
Tapi still tak best,

Pasal aku jatuh,
Kaki pun dah terseliuh,
Dua kali pulak tu,
Di tempat yang sama,

Mungkinkah,
sebab 13(2)=26
Jadi aku perlu jatuh dua kali,
Mungkin la kot..

Isnin, 22 November 2010

Back to The Future

Antara impian aku yang tak akan tercapai dalam tempoh 100 tahun ni ialah mengembara kembali ke masa lepas. Tapi kebarangkalian untuk terjadi dalam 100 tahun ni cuma 1/100 tahun. Tapi kalau terjadi pada tahun ke-100, mungkin aku dah ada kat 6 kaki bawah tanah. Takpun abu aku dah menjadi mendapan kat Sungai Lipis. Lagi haru kalau aku hilang di lautan dan menjadi makanan ikan-ikan yang akhirnya dimakan manusia. Hahaha..

Jumaat, 19 November 2010

Dah Update

Sejak aku bekerja ni, aku dah tak update blog aku kan. So, hari ni aku nak update memandangkan ada sedikit masa terluang ni.

Ok dah, tu je.

Ni pun kira update la kan?

Sabtu, 9 Oktober 2010

Iman Tak Dapat Diwarisi

Sejak akhir-akhir ni, aku dah macam takda kerja lain bila main internet ni. Baca blog dan main Facebook(fb) je. Paling best, usha status fb member-member, pastu komen. Tak kurang jugak pergi troll kat page yang ada nama anti-anti ni. Syok Wooo. Hahaha.

Dalam 2, 3 hari ni, aku masih teruskan kerjaya aku sebagai pengusha status fb member-member. (Loser siot aku nih). Guess what? -arh tak payah teka la, aku bagitau jugak jawapan dia nanti. Jawapannya, aku jumpa satu status yang menarik minda aku untuk komen.


Best tak aku? -haa yang ni kena teka.


Macam mana status dia tu, tak penting la. Tapi apa yang penting, epidemik ni tercetus semenjak sukan komenwel (aku tak pandai eja) bermula la. Salah satu faktor yang lain, sebab perbezaan kewarganegaraan member-member aku nih. Sorang Malaysia, sorang lagi Amerika Utara. Dua-dua negara pun masuk sukan komenwel.

Beb, aku tak pernah dengar pun negara Amerika Utara masuk komenwel?
Duh, apa je kot negara kat amerika utara yang masuk komenwel? faham-faham sudahlah.

Walaupun di akhir status tu ditulis 'ini berunsur provokasi' tapi aku tau mamat dari Malaysia tu gurau-gurau je. Dia seorang yang pandai bergurau. Btw, member-member aku ni, sorang sosialis dan sorang lagi anarkis. Apa jadahnya gaduh pasal negara ni. LoL

Namun begitu, status ni lebih berbisa apabila mampu menimbulkan ketegangan dari pihak Amerika Utara. Takda perang-perang ok. Ni salah faham je. Biasalah, satan punya kerja ni. Membisikkan api kemarahan. Damn you satan.


Apa yang menarik perhatian aku ialah komen dari minah Amerika Utara tu. Bunyinya lebih kurang macam ni, ->
"All Malaysian got is Siti Nurhali...za.At least we got Ice hockey and maple syrup - Malaysian got hoki pun ntah ke mana,bola pun ntah ke mana,badminton players are growing older,after Nicol Ann David there will be no more,and yes,even though maple syrup is damn sweet but at least Canadians tak ramai yang kena diabetic macam Malaysian.". See, i told ya. Ni semua pasal sukan komenwel kat India tu la.

beb, siti nurhaliza wakil Malaysia dalam sukan apa?
duh, dia penyanyi la. Ko ni berpotensi kena maki dengan Shahril Iman Sulaiman ni.

Ok, aku sangat setuju dengan komen dia. Lepas Chong Wei, siapa nak ganti? Lepas Nicol Ann David, siapa nak ganti? No doubt, Malaysia ketandusan pelapis, terutamanya pelapis untuk ranking no 1.

Tapi ni pun dialami Spain yang ada Rafael Nadal. Dan Denmark yang ada Caroline Wozniacki. Diorang berdua ni ranking no 1 untuk ATP dan WTA. Atau bahasa mudahnya, tennis lelaki dan wanita. Kalau diorang berdua ni bersara, rasa-rasa ada tak pelapis untuk ranking no 1 dari negara masing-masing? i dont think so. Sebaliknya, ranking tersebut akan dirampas oleh sama ada Andy Murray, Novak Djokovic bagi ATP dan Dinara Safina, Steffi Graf bagi WTA.

woit, nak tipu pun beragak la. Steffi Graf tu zaman mak kau boleh lari 100m bawah 12 saat la.
kah kah kah. lu buat kantoi la mat.

Macam jedi gak. Start dengan Yoda ranking jedi no 1, diganti La Obe Wan Kanobe. Pastu kita ingatkan AnaSkin Skywalker yang akan ganti ranking dunia no 1, tapi sangkaan kita meleset. Rupa-rupanya dia jadi Sith Master. Dia lagi suka jadi bassist untuk A.C.A.B dan perform di gig-gig skinhead. kah kah kah.

tapi, yoda tu dari spesis katak hijau, obe wan kanobe pula lebih kepada spesis manusia yang berevolusi dari beruk. Macam mana ni?
a'ah kan. patutnya ada spesis katak hijau lain yang ganti yoda. Hermm.

Nak buat kesimpulan ke tak ni erh. Ok la, benda-benda macam ni tak boleh nak diwarisi la. Ni semua atas usaha masing-masing la. Ditambah dengan faktor-faktor pembangunan sukan yang berjaya. Nanti aku sambung pasal pembangunan sukan pulak. Ok?

Kepada member-member yang aku tujukan ni, gurau-gurau je erh. Sayang korang sangat-sangat. Muahh. Peace~

Iman tak dapat diwarisi, dari seorang daddy yang bertaqwa - Raihan.
Shaddap you!!!

Khamis, 16 September 2010

Cool ke bodoh?

Serius aku cakap, aku tak pernah pegang atau sentuh lansung telefon blackberry dengan iphone. Setakat tengok ada la. Tu pun kat tv dan kat kedai je. Tapi nak pegang dan tekan-tekan keypad lansung tak pernah.

Ada kenalan tanya aku- ko sampai bila nak pakai telefon skrin kaler hitam putih ni? taknak ke merasa pakai telefon canggih sikit?

Ok, aku mengaku aku memang nak. Tapi kalau kena beli dengan duit gaji atau duit mak bapak, jangan haraplah weh. Kalau free takpa. Pasal lepas tu aku boleh jual. Hasil jualan tu, aku nak beli benda lagi penting. Makanan ke pakaian ke. Tak pun simpan je. Kalau boleh la. Haha..

Tak salah nak ikut perkembangan teknologi, tapi jangan sampai jadi hamba. Tak kiralah teknologi ke fesyen ke gossip ke dan apa-apa pun sebenarnya.

Macam tu jugak dengan kenderaan. Aku memang tak cara la dengan model-model terbaru yang ada kat pasaran ni. Yang aku tahu kereta-kereta proton dengan produa je. Kereta import tu ada la sikit-sikit tau. Tu pun sebab bapak aku pakai. Kalau orang lain, aku tak cara pun.

Pasal kereta ni pun ramai jugak orang tanya kat aku.- weh, nanti ko kerja dapat gaji, taknak beli kereta ke? Toyota sekarang dah murah bai.

Jawapan standard aku macam biasa la. -kalau free nak la. Nanti aku jual kereta Toyota tu dan duit tu aku buat beli Datsun 120y. Takpun motor honda cup je. Bagi aku, kenderaan memang penting. Pasal kalau nak harapkan sistem pangangkutan awam kat sini, memang hampeh la. Macam tahik!.

Tapi kalau nak habiskan duit gaji kena potong pasal beli kereta baru, memang tak berbaloi. Dalam kepala otak aku tak pernah set pun untuk kerja best2 dan pastu dapat gaji pergi beli kereta. Lagi baik aku beli tanah, pastu tanam sayur, bela ayam dan bela ikan. Dapat jugak aku makan dari hasil tu. Kalau beli kereta, dapat makan karbon monoksida je la bai.

Ingat cool ke kerja kerani pakai kereta toyota vios dan berhenset blackberry? Padahal tempat kerja dengan rumah tak sampai 10km. Padahal guna henset setakat nak sms dengan call orang je, takpun update status kat facebook je. Cheh~

Konklusinya, aku bukan la alergik ke phobia ke paranoid ke dengan perkembangan teknologi ni. Tapi aku allergic dan phobia dengan kebodohan. Kebodohan terselah bila orang tu buat loan beli telefon mahal2, beli kereta mahal2 di luar kemampuan.

Orang pergi kerja naik basikal lagi cool la beb. Macam kat China, Sweeden dan Norway. Kat New York lagi la. Doktor ke manager ke engineer ke, diorang naik train dengan cab je. Patutnya budaya macam ni la harus dicontohi.

Owh lupa pulak, budaya barat semuanya teruk dan tak bermoral kannn. Budaya arab baru la betul kannn. Pasal orang arab ikut sunah nabi. Kalau macam tu, naik kuda dengan unta la. Baru la betul sunah nabi.

p/s: Jihad paling besar adalah jihad menentang kehendak hawa nafsu. Jom kita berjihad.

Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pertama sekali, aku nak memohon maaf kepada umi, abah, adik-beradik kandung, adik beradik tak berapa kandung, sedara mara, kawan-kawan, dan juga kawan-kawan yang dikenali di laman sosial.

Kedua, sambutlah hari raya ini dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan serta berhemah tak kira anda semua beraya kat mana sekali pun. Ingatlah juga kepada orang yang kurang bernasib baik dari kita semua. - diharap zakat yang dibayar mampu mengurangkan beban mereka di hari mulia.

Kepada mereka yang tak dapat beraya di kampung, diharapkan bersabar. Terutama kepada abang dan kakak polis, doktor, nurse dan juga sebagainya. Semoga jasamu di balas pahala dan juga gaji triple. kah kah kah.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfiri. Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas dari saya, isteri dan anak-anak. kah kah kah..

Khamis, 22 Julai 2010

Selamat Berbirthday

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke-51 kepada abah aku. Semoga panjang umur dan dimudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T. Tidak lupa juga ingin mengucapkan terima kasih kerana membesarkan aku dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang bapa, guru, jurulatih sukan, membe borak-borak, dan peng'cover' line kenakalan aku. Hahah!

p/s: Abah punya gaji masuk hari ni. Tak nak hulur-hulur ke? lol.. hahah!

Ahad, 18 Julai 2010

Stesyen Muzik Bosan Anda

Hari ni aku mengalami masalah dan penyakit biasa aku iaitu bosan. Kalau bosan ni macam barah otak, mesti doktor cakap 'anda cuma ada tempoh 3 bulan paling lama' kat aku, sambil buat muka nyesal. Tapi aku yakin semua penyakit ada penawarnya, termasuklah penyakit bosan. Erh, bosan ni penyakit ke?

Buat masa ni, muzik adalah terapi yang sangat berhasil untuk masalah bosan yang aku hidapi ni. Oleh kerana aku tak ada radio, maka terpaksa la aku buka channel radio kat astro untuk melayan muzik-muzik yang didendangkan. Channel kegemaran aku ialah ch860 Classic Rock dan sekali sekala ch854 Lite.fm. Kalau aku buka Hitz ke Era ke Xfresh ke THR ke, mesti bosan aku akan datang balik. Nak layan youtube kena tunggu tengah malam la sebab line internet laju sikit. Itu pun sekali sekala je lajunya.

Hitz, Era, Xfresh dan THR ni dah macam jadi trigger untuk masalah bosan aku je sekarang. Jadi aku perlu elak stesyen-stesyen radio ni. Adik aku pernah tanya kenapa aku layan stesyen radio yang mendendangkan lagu-lagu lama ni. Jawapan aku senang je, sebab lagu lama lagi best. Bagi yang tahu jenis-jenis muzik yang aku layan, selalunya diorang akan cop aku sebagai ketinggalan zaman. Tapi aku rasa, lagu-lagu yang aku layan ni dalam 30 tahun akan datang pun masih diputarkan berbanding lagu-lagu Justin Bebal (Bieber)

Aku bukannya tak layan lagu-lagu era baru ni, tapi lagu-lagu ni banyak yang hampeh. Kadang-kadang bila aku tak larat nak dengar sampai habis sesebuah lagu, aku akan tukar ke channel lain. Tapi channel tu pun mainkan lagu sama juga. Sudah la lagunya hampeh, diputarkan pula berulang kali. Oit, kalau macam ni orang normal pun boleh dapat penyakit bosan macam aku juga la. Bagi sesiapa yang selalu naik kereta dengan aku, diorang akan perasan yang aku memandu sambil tangan kanan pegang stereng dan tangan kiri pegang remote audio player. Asal lagu tak sedap je mesti jari jemari tangan kiri aku sibuk menekan remote untuk tukar channel lain.

Lantaklah orang nak cakap aku memandu dengan cara merbahaya ke apa ke. Tapi bagi aku, memandu dengan ditemani lagu-lagu hampeh lagi bahaya. Yelah, bila kita dengar lagu hampeh mesti kita akan menyumpah, lalu menyebabkan jiwa kacau, yang menyebabkan emosi tidak menentu, lalu menyumbang kepada kemalangan. Hahah!. Aku bukan la nak salahkan muzik yang dicipta oleh komposer-komposer zaman sekarang sebab aku tahu muzik mereka turut dilayan oleh ramai orang. Lain orang, lain la citarasanya kan. Aku memang tak berhak nak mengadili seseorang itu dengan muzik yang diorang layan, macam tu la juga orang lain tak berhak nak adili aku dengan muzik yang aku layan.

Cuma apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah kesengalan stesyen-stesyen radio yang berpusat di malaysia ni. Sudah la sengal, menyengalkan orang ramai pula. Banyak lagi lagu-lagu lain yang boleh diputarkan. Ni tak, nak juga main ulang-ulang. Nasib la rakyat Malaysia ni baik dan 'sopan santun' belaka, kalau tak mesti stesyen-stesyen ni dah kena bakar.

p/s: Tu aku belum cerita pasal deejay lagi. Macam 'haroom', bak kata Nasha Mat Isa.

Mari Bantu Saya

Hari ni aku bangun awal dari kebiasaannya. Aku jenguk kepala kat tingkap tengok langit masih gelap lagi, aku pun ambil keputusan sambung tidur. Tapi mata yang dah terbuka ni susah nak ditutup balik walaupun puas dah dipaksa-paksa. Oleh kerana usaha untuk tidur kembali tidak berhasil, maka aku ambil keputusan bangun je terus. Aku keluar dari bilik dan ke ruang tamu untuk melihat jam di decoder astro yang menunjukkan pukul 5.10 pagi. Apa jadah aku bangun awal hari Ahad macam ni, aku sendiri pun tak tahu.

Lepas dah gosok gigi dan sebagainya, aku jenguk ke dapur, tengok mak aku tengah overhaul sekitar kawasan dapur. Sebagai anak mithali, aku minta untuk menyambung kerja yang sedang dilakukannya. Setelah selesai, aku kembali ke bilik dan menghidupkan suis laptop untuk melayari internet. Aku login akaun facebook dan aku dapati ada 9 notifications, 1 message baru, dan 1 friend request. Tanpa membuang masa, aku settle kan semua notification dan friend request dulu, lepas tu baru buka messages. Ada 9 messages yang tak bereply selain 1 message baru dari membe lama aku. Aku pun buka message dari membe lama aku yang bernama kecik.

Mamat bernama kecik ni adalah jiran aku semasa tinggal di kuantan dan dia jugalah orang yang bertanggungjawab mengenalkan 'grunge' kepada aku. Dalam messagenye, dia memberitahu aku yang dia sudah menyiapkan satu lagu. Aku baru teringat yang aku patutnya menyiapkan lirik untuk lagu tersebut. Damn, gila gelabah aku bila si kecik ni bagi tahu dia dah siapkan lagu dan tinggal tunggu aku punya lirik je. Bulan depan dah boleh pergi record katanya. Untuk mengcover situasi, aku suruh dia rekod dalam komputer dulu, dan lepas tu send kat aku untuk mengadjust lirik agar sesuai dengan melodi lirik.

Tapi masalahnya mana aku nak cekau lirik dalam waktu yang singkat ni. Dah la lagu ni berunsur bloomy. Kalau gloomy tak apa la lagi sebab hari-hari aku memang gloomy je. Lebih lagi harga minyak naik, makin gloomy la aku. Kepada sesiapa yang baca blog ni dan merasakan hidup mereka sangat berbloomy, kongsilah la cerita anda. Mungkin cerita anda akan dijadikan lagu lepas ni. Hahah!

Selasa, 13 Julai 2010

Kenangan World Cup 2010

Walaupun sudah tiga hari World Cup 2010 menutup tirainya, tapi aku rasa belum terlambat untuk mengulas sedikit kejohanan bola sepak yang paling berprestij itu. Aku cuma nak mengulas dan berkongsi peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sepanjang world cup, bukan nak mengulas tentang corak permainan pasukan bertanding ke apa ke.

World Cup kali ni mencatat sejarah sendiri kerana pertama kali diadakan di benua afrika. Afrika Selatan semestinya berbangga sebab dipilih menjadi tuan rumah walaupun pasukan bola sepak mereka tewas awal dalam peringkat kumpulan lagi. Tapi sekurang-kurangnya, pasukan diorang dapat juga kalahkan pasukan France. Huh!

Okeh, ini antara perkara, peristiwa, dan insiden yang paling aku ingati sepanjang sebulan temasya berlansung.


1) Vuvuzela
Bunyian vuvuzela sangat menjengkelkan. Tapi bila dah masuk semi-final, bunyi vuvuzela dah berkurang.


2) Robert Green
Mamat ni dikecam di seluruh England dan jadi bahan lawak jenaka dekat status facebook.



3) Tersingkirnya kedua-dua finalis World Cup 2006
France: Tinggal kenangan. T_T

Italy: Mamat ni dikatakan player paling kacak dan akan join Tok Gajah FC musim depan.


4) Jabulani
Benda alah yang dikatakan punca Ronaldo dan Kaka susah nak score.


5) Luis Suarez
Selain penyerang, mamat ni boleh bermain di posisi penjaga gol.


Ni jelah antara peristiwa yang aku paling ingat sepanjang World Cup 2010 ni. Nak ikutkan banyak lagi, tapi malas nak senaraikan. Aku sendiri pon buat sejarah untuk World Cup kali ni sebab semua perlawanan aku tengok dekat rumah je. Semuanya gara-gara pasukan pilihan aku tersingkir awal. Apa pon, aku ucapkan tahniah kepada pasukan Spain yang menang World Cup 2010. Sejarah tu.

Isnin, 12 Julai 2010

Mari Memblog

Sebenarnya dah lama aku nak buat blog tapi ada je halangan untuk aku nak memblog nih. Alasan aku senang je, 'sekarang musim world cup, mana ada masa nak menulis'. Tapi dengan berakhirnya perlawanan akhir world cup antara spain dengan belanda semalam, maka tiada lagi alasan bagiku.
Kenapa aku buat blog nih?
Kalau ikut skema SPM, mestilah jawapannya :
i) pengaruh rakan sebaya.
ii) mengisi masa lapang.
iii) dapat memberi pendapat dan berkongsi maklumat.
tapi jawapan jujur aku ialah 'aku tengah bosan'.

aku tak nak jadi macam ni

Ye, aku sangat bosan. Dikelilingi orang-orang bosan yang buat benda-benda bosan. Sebelum bosan aku makin parah, baik aku mulakan menulis. Bagi aku, menulis di blog ni sesuatu yang bagus. Sekurang-kurangnya dapatlah mengalihkan perhatian aku dari menghadap facebook 24/7 je.

Bagi rakan-rakan yang masih belum mula memblog, jangan tunggu lagi. Mulakan memblog sekarang juga. Anda tak perlukan keputusan A1 dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk memblog.

Sekian,