Selasa, 13 Julai 2010

Kenangan World Cup 2010

Walaupun sudah tiga hari World Cup 2010 menutup tirainya, tapi aku rasa belum terlambat untuk mengulas sedikit kejohanan bola sepak yang paling berprestij itu. Aku cuma nak mengulas dan berkongsi peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sepanjang world cup, bukan nak mengulas tentang corak permainan pasukan bertanding ke apa ke.

World Cup kali ni mencatat sejarah sendiri kerana pertama kali diadakan di benua afrika. Afrika Selatan semestinya berbangga sebab dipilih menjadi tuan rumah walaupun pasukan bola sepak mereka tewas awal dalam peringkat kumpulan lagi. Tapi sekurang-kurangnya, pasukan diorang dapat juga kalahkan pasukan France. Huh!

Okeh, ini antara perkara, peristiwa, dan insiden yang paling aku ingati sepanjang sebulan temasya berlansung.


1) Vuvuzela
Bunyian vuvuzela sangat menjengkelkan. Tapi bila dah masuk semi-final, bunyi vuvuzela dah berkurang.


2) Robert Green
Mamat ni dikecam di seluruh England dan jadi bahan lawak jenaka dekat status facebook.



3) Tersingkirnya kedua-dua finalis World Cup 2006
France: Tinggal kenangan. T_T

Italy: Mamat ni dikatakan player paling kacak dan akan join Tok Gajah FC musim depan.


4) Jabulani
Benda alah yang dikatakan punca Ronaldo dan Kaka susah nak score.


5) Luis Suarez
Selain penyerang, mamat ni boleh bermain di posisi penjaga gol.


Ni jelah antara peristiwa yang aku paling ingat sepanjang World Cup 2010 ni. Nak ikutkan banyak lagi, tapi malas nak senaraikan. Aku sendiri pon buat sejarah untuk World Cup kali ni sebab semua perlawanan aku tengok dekat rumah je. Semuanya gara-gara pasukan pilihan aku tersingkir awal. Apa pon, aku ucapkan tahniah kepada pasukan Spain yang menang World Cup 2010. Sejarah tu.

2 ulasan:

  1. aku dah cakap spain menang. luis suarez tu dengar cerita chelsea nak beli die gantikan dengan petr cech. power baii..

    BalasPadam
  2. Bila France dah kalah, aku dah tak kisah pasukan mana pun yang menang.. hahah!

    BalasPadam