Ahad, 18 Julai 2010

Stesyen Muzik Bosan Anda

Hari ni aku mengalami masalah dan penyakit biasa aku iaitu bosan. Kalau bosan ni macam barah otak, mesti doktor cakap 'anda cuma ada tempoh 3 bulan paling lama' kat aku, sambil buat muka nyesal. Tapi aku yakin semua penyakit ada penawarnya, termasuklah penyakit bosan. Erh, bosan ni penyakit ke?

Buat masa ni, muzik adalah terapi yang sangat berhasil untuk masalah bosan yang aku hidapi ni. Oleh kerana aku tak ada radio, maka terpaksa la aku buka channel radio kat astro untuk melayan muzik-muzik yang didendangkan. Channel kegemaran aku ialah ch860 Classic Rock dan sekali sekala ch854 Lite.fm. Kalau aku buka Hitz ke Era ke Xfresh ke THR ke, mesti bosan aku akan datang balik. Nak layan youtube kena tunggu tengah malam la sebab line internet laju sikit. Itu pun sekali sekala je lajunya.

Hitz, Era, Xfresh dan THR ni dah macam jadi trigger untuk masalah bosan aku je sekarang. Jadi aku perlu elak stesyen-stesyen radio ni. Adik aku pernah tanya kenapa aku layan stesyen radio yang mendendangkan lagu-lagu lama ni. Jawapan aku senang je, sebab lagu lama lagi best. Bagi yang tahu jenis-jenis muzik yang aku layan, selalunya diorang akan cop aku sebagai ketinggalan zaman. Tapi aku rasa, lagu-lagu yang aku layan ni dalam 30 tahun akan datang pun masih diputarkan berbanding lagu-lagu Justin Bebal (Bieber)

Aku bukannya tak layan lagu-lagu era baru ni, tapi lagu-lagu ni banyak yang hampeh. Kadang-kadang bila aku tak larat nak dengar sampai habis sesebuah lagu, aku akan tukar ke channel lain. Tapi channel tu pun mainkan lagu sama juga. Sudah la lagunya hampeh, diputarkan pula berulang kali. Oit, kalau macam ni orang normal pun boleh dapat penyakit bosan macam aku juga la. Bagi sesiapa yang selalu naik kereta dengan aku, diorang akan perasan yang aku memandu sambil tangan kanan pegang stereng dan tangan kiri pegang remote audio player. Asal lagu tak sedap je mesti jari jemari tangan kiri aku sibuk menekan remote untuk tukar channel lain.

Lantaklah orang nak cakap aku memandu dengan cara merbahaya ke apa ke. Tapi bagi aku, memandu dengan ditemani lagu-lagu hampeh lagi bahaya. Yelah, bila kita dengar lagu hampeh mesti kita akan menyumpah, lalu menyebabkan jiwa kacau, yang menyebabkan emosi tidak menentu, lalu menyumbang kepada kemalangan. Hahah!. Aku bukan la nak salahkan muzik yang dicipta oleh komposer-komposer zaman sekarang sebab aku tahu muzik mereka turut dilayan oleh ramai orang. Lain orang, lain la citarasanya kan. Aku memang tak berhak nak mengadili seseorang itu dengan muzik yang diorang layan, macam tu la juga orang lain tak berhak nak adili aku dengan muzik yang aku layan.

Cuma apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah kesengalan stesyen-stesyen radio yang berpusat di malaysia ni. Sudah la sengal, menyengalkan orang ramai pula. Banyak lagi lagu-lagu lain yang boleh diputarkan. Ni tak, nak juga main ulang-ulang. Nasib la rakyat Malaysia ni baik dan 'sopan santun' belaka, kalau tak mesti stesyen-stesyen ni dah kena bakar.

p/s: Tu aku belum cerita pasal deejay lagi. Macam 'haroom', bak kata Nasha Mat Isa.

5 ulasan:

  1. aku plak xlyn lagu lm...n byk lagu lm aku xth..tp de jgk yg aku th n kau ske..;-)

    BalasPadam
  2. weh ko biar betul xda radio..?! haha

    BalasPadam
  3. THR zaman Ismahalil Hamzah best woo..jangan main2 beb!

    BalasPadam
  4. tanpa nama: owh, lagu apa yang disukai tu? ;)

    naz: betul la weh.. baik tak payah ada radio kalau banyak stesyen radio hampeh.. hahah!

    BalasPadam
  5. nami: dulu masa lepas SPM aku kerja malam-malam mesti layan Ismahalil. Walaupun aku tak percaya sangat benda angker ni, tapi segmen cerita seram dia layan je.. hahah

    BalasPadam