Memaparkan catatan dengan label kawan-kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawan-kawan. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Julai 2011

Zaman Sekolah - Basketball

Selain bola sepak, sukan yang paling aku suka main masa sekolah dulu ialah basketball. Aku selalu pergi rumah kawan aku yang bernama Ridzuan Yahya sebab kat rumah dia ada 'portable hoop' dan halaman rumah dia luas.

Petang-petang, mesti aku, Harry, Firdaus Hassan dan Muaf pergi rumah Duan sebab nak main basketball. Cuma bila time kitorang confidence je baru kitorang pergi main kat court sebab kat situ ramai budak-budak power.


Portable hoop ni best sebab boleh adjust ketinggian dia. Pernah sekali kitorang gedik buat video masing-masing tengah dunk. Nampak power je, tapi sebenarnya kitorang turunkan hoop ni sampai tinggi 7 kaki je. Heh..

Team basketball paling aku minat masa sekolah dulu ialah San Antonio Spurs. Aku minat Spurs sebab diorang memang power dan cara diorang ni main memang tersangat la teamwork. Takda 'one man show'. Tak macam Lakers yang asyik dengan Kobe dan Shaq je. Tak macam Rockets yang asyik dengan Yao Ming je. Tapi Spurs lain. Semua sama rata.

Tahun 2005 la paling best sebab Spurs menang NBA The Finals dan tahun yang best sebab aku dah habis sekolah. Lawan Spurs masa tu Detroit Pistons - juara NBA The Finals 2004. Pistons ni power jugak masa tu. Nak-nak mamat Ben Wallace yang memang pakar blocking tu, selalu je sakitkan hati bila dapat block time Tim Duncan nak layup atau shoot.

Kalau tak silap, time tu gossip Tony Parker dengan Eva Longoria baru nak hot. Heh..

Pada hari Spurs ditabalkan juara tu jugak, aku sepatutnya kena pergi daftar form 6 kat sekolah lama aku. Pagi tu aku tak masuk pun pagar sekolah tu. Tapi sebaliknya, aku yang sedang berseragam sekolah terus melencong ke rumah Duan dan menonton bersama-sama NBA The Finals antara Spurs dengan Pistons. Terus lepas tu aku tak daftar form 6 sampai sudah. Heh..

Beberapa bulan lepas Spurs menang tu, aku dengan kawan-kawan yang selalu main basketball kat rumah Duan dah sambung belajar tempat lain. So, kitorang dah tak berapa jumpa. Main basketball pun dah kurang. Last-last aku lansung tak main dah. Aku rasa dah dekat empat tahun aku tak turun court.

Cita-cita aku untuk menjadi power macam idola aku Manu Ginobili terpaksa dilupakan terus. Heh..

Aku tak pasti kalau Duan, Harry, Firdaus Hassan dan Muaf ingat lagi ke tak pasal semua ni. Kalau diorang dah tak ingat, harap-harap tulisan ni dapat membantu diorang mengimbau kembali kenangan-kenangan bersama masa sekolah dulu. Sekian. Heh..

Ahad, 30 Januari 2011

Azam Baru





Ni gambar-gambar aku ambil sebab mamat ni semua tak pakai Personal Protective Equipment (PPE) contohnya macam safety helmet dan safety harness. Kalau dah kena ambil gambar ni maksudnya melayang la RM50 sebab kena kompaun.

Tapi bila aku usha semula, baru aku perasan ada satu persamaan dalam semua gambar ni. Persamaan tu ialah 'SENYUMAN'.

Ye, diorang semua senyum. Walaupun diorang tahu yang gambar diorang kena ambil, yang juga bermaksud akan melayang hampir penuh gaji mereka sehari. Tapi diorang still senyum erk.

Dan aku juga baru perasan yang aku dah lama tak senyum. Muka mesti nak ketat je bila kerja. Pandang pekerja lain macam nak makan diorang je. Patut la mamat dari Bangladesh, Indonesia dan Vietnam ni selalu je takut-takut jumpa aku.

Tak cool lansung aku ni. HAHAHA!

Aku sendiri tak tahu kenapa aku susah sangat nak senyum sekarang ni. Aku rasa memang ada kaitan dengan kerja la ni. Tapi bila tengok project manager aku yang lagi banyak bebanan kerja tu takda la pulak asyik nak muka ketat je. Dia la antara orang paling banyak senyum kat site office aku ni. Masa masuk site, masa meeting, tengah hujan ke tengah panas ke. Mesti dia senyum.

Takpa. Lepas ni aku akan cuba untuk sentiasa senyum kembali. Biar sampai semua orang ingat aku dah buang tabiat. HAHA!

Demi Sesuap Nasi

Gambar yang aku ambil masa mula-mula masuk kerja dulu.

Gambar kat atas tu, kalau aku tunjuk kat orang kerja Jabatan Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP), mesti diorang membebel macam-macam. Mesti diorang kasi notis kat aku. Silap-silap kena STOPWORK.

Lantak la. Kerja tu dah siap pun. HAHAHA!

Lain pulak jadinya kalau aku tunjuk kat orang melayu yang bajet tuan tanah ni.
"Indon layak kerja macam ni je"
"Dah datang negara orang jangan banyak songeh la"
"Orang bagi kerja pun dah kira ok"
"Bangla busuk kebas awek aku!"

Tapi kalau aku tunjuk kat orang yang ada sifat kemanusian, mesti diorang rasa lain. Sedih, pilu, marah, patah hati.

Erh, patah hati pun ada.

Aku harap, sifat kemanusian aku tak akan hilang. Sebab tu aku selalu ingatkan diri, 'Aku ni pun buruh sama macam diorang jugak'.

:)

Sabtu, 9 Oktober 2010

Iman Tak Dapat Diwarisi

Sejak akhir-akhir ni, aku dah macam takda kerja lain bila main internet ni. Baca blog dan main Facebook(fb) je. Paling best, usha status fb member-member, pastu komen. Tak kurang jugak pergi troll kat page yang ada nama anti-anti ni. Syok Wooo. Hahaha.

Dalam 2, 3 hari ni, aku masih teruskan kerjaya aku sebagai pengusha status fb member-member. (Loser siot aku nih). Guess what? -arh tak payah teka la, aku bagitau jugak jawapan dia nanti. Jawapannya, aku jumpa satu status yang menarik minda aku untuk komen.


Best tak aku? -haa yang ni kena teka.


Macam mana status dia tu, tak penting la. Tapi apa yang penting, epidemik ni tercetus semenjak sukan komenwel (aku tak pandai eja) bermula la. Salah satu faktor yang lain, sebab perbezaan kewarganegaraan member-member aku nih. Sorang Malaysia, sorang lagi Amerika Utara. Dua-dua negara pun masuk sukan komenwel.

Beb, aku tak pernah dengar pun negara Amerika Utara masuk komenwel?
Duh, apa je kot negara kat amerika utara yang masuk komenwel? faham-faham sudahlah.

Walaupun di akhir status tu ditulis 'ini berunsur provokasi' tapi aku tau mamat dari Malaysia tu gurau-gurau je. Dia seorang yang pandai bergurau. Btw, member-member aku ni, sorang sosialis dan sorang lagi anarkis. Apa jadahnya gaduh pasal negara ni. LoL

Namun begitu, status ni lebih berbisa apabila mampu menimbulkan ketegangan dari pihak Amerika Utara. Takda perang-perang ok. Ni salah faham je. Biasalah, satan punya kerja ni. Membisikkan api kemarahan. Damn you satan.


Apa yang menarik perhatian aku ialah komen dari minah Amerika Utara tu. Bunyinya lebih kurang macam ni, ->
"All Malaysian got is Siti Nurhali...za.At least we got Ice hockey and maple syrup - Malaysian got hoki pun ntah ke mana,bola pun ntah ke mana,badminton players are growing older,after Nicol Ann David there will be no more,and yes,even though maple syrup is damn sweet but at least Canadians tak ramai yang kena diabetic macam Malaysian.". See, i told ya. Ni semua pasal sukan komenwel kat India tu la.

beb, siti nurhaliza wakil Malaysia dalam sukan apa?
duh, dia penyanyi la. Ko ni berpotensi kena maki dengan Shahril Iman Sulaiman ni.

Ok, aku sangat setuju dengan komen dia. Lepas Chong Wei, siapa nak ganti? Lepas Nicol Ann David, siapa nak ganti? No doubt, Malaysia ketandusan pelapis, terutamanya pelapis untuk ranking no 1.

Tapi ni pun dialami Spain yang ada Rafael Nadal. Dan Denmark yang ada Caroline Wozniacki. Diorang berdua ni ranking no 1 untuk ATP dan WTA. Atau bahasa mudahnya, tennis lelaki dan wanita. Kalau diorang berdua ni bersara, rasa-rasa ada tak pelapis untuk ranking no 1 dari negara masing-masing? i dont think so. Sebaliknya, ranking tersebut akan dirampas oleh sama ada Andy Murray, Novak Djokovic bagi ATP dan Dinara Safina, Steffi Graf bagi WTA.

woit, nak tipu pun beragak la. Steffi Graf tu zaman mak kau boleh lari 100m bawah 12 saat la.
kah kah kah. lu buat kantoi la mat.

Macam jedi gak. Start dengan Yoda ranking jedi no 1, diganti La Obe Wan Kanobe. Pastu kita ingatkan AnaSkin Skywalker yang akan ganti ranking dunia no 1, tapi sangkaan kita meleset. Rupa-rupanya dia jadi Sith Master. Dia lagi suka jadi bassist untuk A.C.A.B dan perform di gig-gig skinhead. kah kah kah.

tapi, yoda tu dari spesis katak hijau, obe wan kanobe pula lebih kepada spesis manusia yang berevolusi dari beruk. Macam mana ni?
a'ah kan. patutnya ada spesis katak hijau lain yang ganti yoda. Hermm.

Nak buat kesimpulan ke tak ni erh. Ok la, benda-benda macam ni tak boleh nak diwarisi la. Ni semua atas usaha masing-masing la. Ditambah dengan faktor-faktor pembangunan sukan yang berjaya. Nanti aku sambung pasal pembangunan sukan pulak. Ok?

Kepada member-member yang aku tujukan ni, gurau-gurau je erh. Sayang korang sangat-sangat. Muahh. Peace~

Iman tak dapat diwarisi, dari seorang daddy yang bertaqwa - Raihan.
Shaddap you!!!

Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pertama sekali, aku nak memohon maaf kepada umi, abah, adik-beradik kandung, adik beradik tak berapa kandung, sedara mara, kawan-kawan, dan juga kawan-kawan yang dikenali di laman sosial.

Kedua, sambutlah hari raya ini dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan serta berhemah tak kira anda semua beraya kat mana sekali pun. Ingatlah juga kepada orang yang kurang bernasib baik dari kita semua. - diharap zakat yang dibayar mampu mengurangkan beban mereka di hari mulia.

Kepada mereka yang tak dapat beraya di kampung, diharapkan bersabar. Terutama kepada abang dan kakak polis, doktor, nurse dan juga sebagainya. Semoga jasamu di balas pahala dan juga gaji triple. kah kah kah.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfiri. Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas dari saya, isteri dan anak-anak. kah kah kah..