Ahad, 7 Ogos 2011

Band Minggu Ini

The Unicorns

Okeh, ni aku nak share satu lagi band untuk slot 'Band Minggu Ini'. Walaupun slot ni diberi nama 'Band Minggu Ini', tapi baru hari ni la pun ada kesempatan untuk mengupdate dari post yang pertama hari tu. Biasalah buzy. Heh

Post yang first dulu, aku share band tempatan. Tapi kali ni, aku nak share band dari luar negara. Band dari Montreal, Canada ini diberi nama 'The Unicorns'. Band yang ditubuhkan pada tahun 2000 ni dah R.I.P pun sebenarnya. Tapi musiknya yang power ni masih hidup, so tak salahlah share benda-benda power ni.

Aku ingat lagi masa first time aku layan band ni adalah pada hari raya puasa ke-3. Masa tu aku dengan member aku dalam perjalanan ke Kuantan nak beraya. Member aku yang boleh diakatakan tokan lagu ni la yang kenalkan aku kepada 'The Unicorns' ni. Terus aku pau koleksi dia masuk mp3 aku. Heh.

Kalau mengikut hadis dari wikipedia, band ni main musik genre indie pop dan indie rock. Tapi aku tak peduli pun apa genrenya, yang penting musik dia power dan kalau dah layan boleh lagho dibuatnya.

The Unicorns ni ada keluarkan dua album, satu EP dan satu demo je. Aku pun start dulu layan album diorang yang last sekali. Album ' Who Will Cut Our Hair When We're Gone' memang tersangatlah power. Dan lagu yang paling top pilihan aku ialah 'Tuff Ghost'. Tapi lagu-lagu diorang yang lain pun power dan tersangatlah layan.

Kalau nak try usha lagu-lagu diorang, search la kat youtube lagu-lagu ni :
- 'Tuff Ghost'
- 'Inoculate the Innocuous'
- 'I Dont't Wanna Die'

Jemputlah jamah lagu Tuff Ghost dari The Unicorns ni. Enjoy.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan