Jumaat, 22 Julai 2011

Zaman Sekolah - Basketball

Selain bola sepak, sukan yang paling aku suka main masa sekolah dulu ialah basketball. Aku selalu pergi rumah kawan aku yang bernama Ridzuan Yahya sebab kat rumah dia ada 'portable hoop' dan halaman rumah dia luas.

Petang-petang, mesti aku, Harry, Firdaus Hassan dan Muaf pergi rumah Duan sebab nak main basketball. Cuma bila time kitorang confidence je baru kitorang pergi main kat court sebab kat situ ramai budak-budak power.


Portable hoop ni best sebab boleh adjust ketinggian dia. Pernah sekali kitorang gedik buat video masing-masing tengah dunk. Nampak power je, tapi sebenarnya kitorang turunkan hoop ni sampai tinggi 7 kaki je. Heh..

Team basketball paling aku minat masa sekolah dulu ialah San Antonio Spurs. Aku minat Spurs sebab diorang memang power dan cara diorang ni main memang tersangat la teamwork. Takda 'one man show'. Tak macam Lakers yang asyik dengan Kobe dan Shaq je. Tak macam Rockets yang asyik dengan Yao Ming je. Tapi Spurs lain. Semua sama rata.

Tahun 2005 la paling best sebab Spurs menang NBA The Finals dan tahun yang best sebab aku dah habis sekolah. Lawan Spurs masa tu Detroit Pistons - juara NBA The Finals 2004. Pistons ni power jugak masa tu. Nak-nak mamat Ben Wallace yang memang pakar blocking tu, selalu je sakitkan hati bila dapat block time Tim Duncan nak layup atau shoot.

Kalau tak silap, time tu gossip Tony Parker dengan Eva Longoria baru nak hot. Heh..

Pada hari Spurs ditabalkan juara tu jugak, aku sepatutnya kena pergi daftar form 6 kat sekolah lama aku. Pagi tu aku tak masuk pun pagar sekolah tu. Tapi sebaliknya, aku yang sedang berseragam sekolah terus melencong ke rumah Duan dan menonton bersama-sama NBA The Finals antara Spurs dengan Pistons. Terus lepas tu aku tak daftar form 6 sampai sudah. Heh..

Beberapa bulan lepas Spurs menang tu, aku dengan kawan-kawan yang selalu main basketball kat rumah Duan dah sambung belajar tempat lain. So, kitorang dah tak berapa jumpa. Main basketball pun dah kurang. Last-last aku lansung tak main dah. Aku rasa dah dekat empat tahun aku tak turun court.

Cita-cita aku untuk menjadi power macam idola aku Manu Ginobili terpaksa dilupakan terus. Heh..

Aku tak pasti kalau Duan, Harry, Firdaus Hassan dan Muaf ingat lagi ke tak pasal semua ni. Kalau diorang dah tak ingat, harap-harap tulisan ni dapat membantu diorang mengimbau kembali kenangan-kenangan bersama masa sekolah dulu. Sekian. Heh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan