Khamis, 21 Julai 2011

Band Minggu Ini


Ni first time aku share band kesukaan aku melalui blog. Lepas ni tak tahulah aku nak buat lagi ke tak kerja-kerja mengeshare ni.

Ok, dan untuk kali pertama ni juga, aku telah memilih band yang diberi nama 'Citizens of Ice-Cream'. Secara asasnya, band ni mengimplimentasikan genre-genre indie, experimental, dan shoegaze. Ambient juga rasanya bagi aku. Tak kisahlah apa pun, yang penting hasil seni diorang sangat bagus, best dan stim bila mendengarnya.

Masa mula-mula aku dengar band ni, memang ada unsur-unsur sama macam band 'Explosions in The Sky'. Ala, lagipun memang aku terjumpa band ni masa membelek-belek 'Explosions in The Sky' kat youtube pun. Tapi kalau dah dengar lama-lama, memang kenal la kelainannya.

Pasal line-up ke album ke isnpirasi muzik diorang ke, memang aku malas nak cerita. Kalau nak tahu jugak, pandai-pandailah cari kat facebook diorang 'Citizens of Ice-Cream'. Kalau nak tempah untuk gig ke untuk majlis minggu setiausaha ke ataupun jemput ke kenduri, rasanya boleh berurusan kat page facebook diorang tu.

Nah, ni sample untuk dijamah. Kalau nak lebih, sila layari youtube dan search sendiri 'citizens of ice-cream', ada jugak vids diorang main life.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan